infaqYIDE Admin

infaqYIDE Admin adalah antaramuka yang dibangunkan untuk admin dan institusi mengurus kandungan, dan memantau serta menjalankan urusan yang melibatkan sumbangan.

Antara modul yang terdapat dalam infaqYIDE Admin adalah:

  • Dashboard - pemuka yang memaparkan data yang relevan kepada admin dan institusi.
  • Institusi - Senarai institusi, pengurusan serta maklumat berkaitan kredit setiap institusi.
  • Kredit - Wallet yang dimiliki oleh setiap institusi termasuk YIDE untuk memantau transaksi dan pengeluaran.
  • Galeri - Pengurusan galeri untuk dipaparkan dalam aplikasi infaqYIDE.
  • Penyelesaian Bank dan Pembayaran - Pemantauan dan pengurusan kemasukan dan pengeluaran wang dari akaun infaqYIDE.
  • Tetapan - Admin boleh mengubah tetapan kepada pakej dan beberapa ciri-ciri dalam infaqYIDE.

Dalam dokumentasi ini, akan diterangkan proses pembangunan, teknologi yang digunakan dan kaedah pengurusan projek untuk kegunaan pemantauan dan penyelenggaraan.