Deployment infaqYIDE Admin

Untuk tujuan deployment, infaqYIDE Admin menggunakan AWS Amplify, dan Github sebagai CI/CD Automation. Penggunaan branch amat penting, supaya tidak mengganggu production.

Untuk melihat configuration, anda boleh login ke AWS Console dan pergi ke AWS Amplify, dan pilih projek infaqyide-admin.

AWS Amplify Console

Setiap versi yang dilihat dalam AWS Console telah dipautkan dengan branch yang terdapat dalam Github.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui berkaitan penggunaan AWS Amplify untuk tujuan frontend development:

1. Domain

Untuk mengubah domain, anda boleh pergi ke menu kiri, dan pilih Domain Management. Untuk setiap versi, anda boleh pautkan ke domain yang anda inginkan.

2. Environment Variables

Ini adalah pengurusan rahsia. Segala rahsia seperti secret key tidak akan (dan tidak sepatutnya) disimpan dalam Github. Oleh itu, sekiranya terdapat update, sila tambah di bahagian environment variables. Anda juga boleh menetapkan nilai berbeza untuk versi yang berbeza.


Untuk menu lain, anda boleh rujuk kepada dokumentasi AWS Amplify berkaitan frontend.