Pengurusan Versi infaqYIDE Admin

infaqYIDE Admin menggunakan Github untuk menguruskan versi. Terdapat beberapa branch penting dalam repositori yang perlu diketahui oleh pembangun dan penyelenggara:

  • main - Branch paling stabil, untuk tujuan versioning utama.
  • production - Branch yang digunakan untuk deploy ke production environment.
  • staging - Branch yang digunakan untuk menguji deployement untuk tujuan pengujian seperti UAT.

💡
Anda boleh membuat branch sendiri dan kemudian membuat pull request dalam Github
⚠️
Sila jangan sentuh branch production melainkan anda tahu apa yang anda lakukan.

Proses deployment adalah seperti berikut:

1. Pengujian

Apabila anda telah develop modul baharu atau perkenalkan fix, sila uji di branch staging dahulu.

git checkout staging
git merge <branch-to-merge>

2. Binaan stabil

Setelah anda pastikan binaan stabil, anda boleh _merge_kan ke main.

git checkout main
git merge staging

3. Production

Untuk meletakkan update terbaru ke production, anda boleh _merge_kan ke branch production.

git checkout production
git merge main

4. Meletakkan versi

Anda boleh assign versi pada commit yang stabil, menggunakan cara di bawah.

git tag <versi>
git push origin <versi>